Monday, 11 December 2017

BERSABAR KETIKA DICACI DAN DIMAKI HAMUN

Sa’eed bin Musayyeb berkata: "Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a  hingga menyebabkan Abu Bakar ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakar r.a bertanya , " Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? "

Baginda menjawab , " Tidak , cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”

[ Hadith Riwayat Abu Dawud]

Di dalam hadis tersebut memperlihatkan betapa pentingnya kita berdiam diri tatkala di caci-maki orang ataupun bila ada keadaan yang boleh mendatangkan perasaan marah. Ianya seolah-olah mengatakan berkelakuan ‘diam’ adalah salah satu sifat yang malaikat sukai hingga sanggup malaikat turun dari langit untuk mempertahankan orang sedang dicaci. Manakala perasaan ‘membelas dendam’ pula adalah satu sifat yang disukai oleh Syaitan, hingga malaikat pun melarikan diri dari orang tersebut.

Oleh Ustaz Abu Basyer

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Tuesday, 5 December 2017

KENAPA ENGKAU TIDAK MENGENALKU WAHAI RASULULLAH ?

Ada seorang laki-laki yang lupa membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Lalu pada suatu malam dia bermimpi melihat Rasulullah SAW tidak mau menoleh kepadanya,dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?”Beliau menjawab, “Tidak.”

Dia bertanya lagi, “Lalu sebab apakah engkau tidak memandang kepadaku?”

Beliau menjawab, “Kerana aku tidak mengenalmu.”

Laki-laki itu bertanya, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, sedang aku adalah salah satu dari umatmu?

Para ulama meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali umatmu dibanding seorang ibu mengenali anaknya?”

Rasulullah SAW menjawab, “Mereka benar, tetapi engkau tidak pernah mengingat aku dengan selawat. Padahal perkenalanku dengan umatku adalah menurut kadar bacaan selawat mereka kepadaku."


Terbangunlah laki-laki itu dan mengharuskan dirinya untuk berselawat kepada Rasulullah SAW, setiap hari 100 kali.

Dia selalu melakukan itu, hingga dia melihat Rasululah SAW lagi dalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut Rasulullah SAW bersabda, “Sekarang aku mengenalmu dan akan memberi syafa’at kepadamu.”

Ini semua karena orang tersebut telah menjadi orang yang cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyak selawat kepada beliau…

Maka barangsiapa yang ingin dikenali oleh Rasulullah SAW, hendaklah dia memperbanyak bacaan selawatnya..

- Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Ghazali RA -

‎أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada setiap Juma’at. Kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jum’at. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti.” (HR. Baihaqi - Sunan Al Kubro)

‎❤️اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم عدد خلقك ورضا نفسك وزينة عرشك ومدد كلماتك❤️

#puteraabdurrahman

Selawat Terus....

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

JANGAN MERASA DIRI BAIK

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, pakai tudung labuh dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
 
JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK
DARIPADA ORANG LAIN, kerana kita tidak akan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang, serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima. Selalu letak diri kita dalam keadaan ”aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik.

 Allah SWT hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak/ Hasad, maka laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN. InsyaAllah.

C&P dr Fb Ustaz Abu Basyer

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

SEPOTONG KEJU PENYEBAB LUPA

Ini kisah berdasarkan kitab dimana pada zaman dahulu, ada seseorang yang bernama Abu Yazid Al-Bustomi yang memang sejak kecil merupakan orang yang suka berbuat kebajikan. Beliau merupakan salah satu ulama sufi yang diakui akan ketinggian ilmu tasawufnya sehingga banyak yang berguru kepadanya.

Sejak kecil berbuat baik dan orangtuanya pun juga selalui menjaga diri untuk tidak makan kecuali dengan yang halal. Sejak dalam kandungan hingga bercerai dari air susu ibunya, beliau tidak pernah berkenalan dengan barang yang syubhat apatah lagi yang haram.

Namun ketika menginjak remaja, beliau merasakan bahwa dirinya sudah mulai banyak lupanya. Terutama jika mendengarkan sesuatu hal yang mengandungi kebenaran.

Dari situ, ia pergilah kepada ibunya untuk menanyakan sesuatu.

"Wahai ibu, apakah ibu ingat pernah memakan sesuatu yang haram atau syubhat ketika mengandung atau menyusui aku? Kerana jika aku mendengar kebaikan, aku mudah lupa," tanya Abu Yazid.

Akhirnya ibunya bercerita terus terang mengenai kejadian yang pernah dialaminya ketika mengandungnya dahulu.
"Anakku, pada suatu hari, ketika sedang mengandung atau menyusuimu, aku melihat sepotong keju tergeletak di tempat si fulan. Saat itu aku sedang mengidam dan benar-benar menginginkan keju itu. Lalu aku ambil secuit keju dan kumakan tanpa sepengetahuan pemiliknya," jelas ibunya.

Mendengar penjelasan ibunya, tanpa fikir panjang lagi, Abu Yazid langsung mengunjungi pemilik keju tersebut dan beliau menceritakan tentang kekhilafan ibunya saat mengandung dirinya.

Kepada pemilik keju tersebut, Abu Yazid merayu untuk meminta maaf.

"Wahai Fulan, dahulu ketika mengandung, ibuku telah memakan secuil kejumu. Sekarang aku mohon agar engkau sudi memaafkannya atau tetapkan harga secuil keju tersebut dan aku akan membayarnya, "kata Abu Yazid.

"Ibumu telah aku maafkan dan apa yang telah dia makan telah aku halalkan," kata pemilik keju tersebut.

Akhirnya di kemudian hari, Abu Yazid sudah tidak lupa lagi ketika mendengar suatu kebaikan.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Monday, 4 December 2017

Kalender Cuti Umum 2018

TarikhHariCutiNegeri
1 JanIsninTahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
14 JanAhadHari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan N. Sembilan
21 JanAhadHari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
31 JanRabuHari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur,
N. Sembilan, Pulau
Pinang, Perak, Putrajaya
& Selangor
1 FebKhamisHari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
& Putrajaya
16 FebJumaatTahun Baru Cina Semua Negeri
17 FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
18 FebAhadCuti Tahun Baru Cina Johor, Kedah, Kelantan
& Terengganu
4 MacAhadHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 MacJumaatHari Keputeraan Sultan Johor Johor
30 MacJumaatGood Friday Sabah & Sarawak
14 AprSabtuIsrak dan Mikraj Kedah, N. Sembilan
& Perlis
15 AprAhadHari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
26 AprKhamisHari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 MeiSelasaHari Pekerja Semua Negeri
7 MeiIsninHari Hol Pahang Pahang
17 MeiKhamisAwal Ramadan Johor, Kedah &
Melaka
17 MeiKhamisHari Keputeraan Raja Perlis Perlis
29 MeiSelasaHari Wesak Semua Negeri
30 MeiRabuPesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 MeiKhamisPesta Ka'amatan Hari Kedua Labuan & Sabah
1 JunJumaatHari Gawai Sarawak
2 JunSabtuHari Gawai Hari Kedua Sarawak
2 JunSabtuHari Nuzul Al-Quran Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Melaka, N.
Sembilan, Sabah &
Sarawak
15 JunJumaatHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
16 JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
17 JunAhadCuti Hari Raya Aidilfitri Johor, Kedah, Kelantan
& Terengganu
7 JulSabtuHari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
14 JulSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
22 JulAhadHari Sarawak Sarawak
22 OgosRabuHari Raya Haji Semua Negeri
23 OgosKhamisHari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
31 OgosJumaatHari Kebangsaan Semua Negeri
9 SepAhadHari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
9 SepAhadHarijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
11 SepSelasaAwal Muharram Semua Negeri
16 SepAhadHari Malaysia Semua Negeri
17 SepIsninCuti Hari Malaysia Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan &
Terengganu
6 OktSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
12 OktJumaatHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
15 OktIsninHari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
24 OktRabuHari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
2 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak Perak
6 NovSelasaHari Deepavali Semua Negeri kecuali Sarawak
11 NovAhadHari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 NovIsninHari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua Kelantan
20 NovSelasaMaulidur Rasul Semua Negeri
11 DisSelasaHari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 DisSelasaHari Krismas Semua Negeri

Sunday, 3 December 2017

Jepun Sudah Laksana Syariat Islam?

Di Jepun tandas awamnya amat bersih. Canggih elektronik. Tapi tidak dirosakkan oleh pengguna. 

Tiada vandalisme. Ini salah satu gambar tandas di R&R semasa perjalanan saya antara Shizuoka ke Tokya tadi. 

Orang Jepun ramai yang guna basikal. Pada waktu malam di bandar sekalipun, basikal hanya ditinggalkan di luar rumah. Hanya kunci biasa macam zaman sekolah dahulu. Tiada pencuri berleluasa. Aman sekali berjalan sendirian di malam hari.

Jika di sudut itu, maka orang Jepun sudah lama melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan mereka. Itu jika kita memahami tujuan perlaksanaan syariat yang ingin dicapai oleh syarak dalam menjamin kesejahteraan kehidupan awam.

DrMaza.com



Amalan Bila Rasa Celaru

[ce.la.ru] | چلارو



Definisi : ; bercelaru tidak tentu arah (ttg susunan dll); tidak keruan; kacau-bilau. mencelarukan menyebabkan celaru; mengacau-bilaukan: ~ fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)



Beban tanggujawab, masalah, buntu, tiada siapayang sudi menolong..

Beserabut, sampai tidak tahu apa yang hendak dilakukan.. serba salah dalam semua hal.. akhirnya menjadi tekanan mental tanpa sedar..

Kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting.

Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.


1. Tarik Nafas.

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk.

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis.

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenal pasti Yang Utama.

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting.

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”.

Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting.

Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur.

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi.

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam.

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.

Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan.

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

Cara-Mudah-Untuk-Kosongkan-Fikiran-Yang-Berserabut

10. Kemas Ruang Anda.

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah.

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi.

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat.

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!